Ugama 

Welcome to JIS Ugama

PRAKATA DARI GURU BESAR

الحمد لله رب العالمين

والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى اله وصجبه اجمعين.

Syukur Alhamdulillah, sejak Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong ini ditubuhkan, keramaian pelajar yang mengikuti pembelajaran ugama adalah meningkat. Ini adalah disebabkan kesedaran semua pihak tentang betapa pentingnya pelajaran ugama itu pada diri individu pelajar itu sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya Akta Pendididkan Ugama Wajib yang telah bermula Januari 2013.

Saya amat berterima kasih kepada guru-guru disekolah ini dalam sama-sama berganding bahu untuk memajukan dan menjayakan visi dan matlamat sekolah. Pencapaian dan peningkatan dalam peratus lulus dari segi akademik sesi 2021-2022 pada keseluruhannya adalah sangat cemerlang dan membanggakan. Semoga kejayaan seperti ini akan dapat meningkat lagi dari masa ke semasa atau sekurang-kurangnya dapat dipertahankan.

Sekolah ini juga pembelajarannya mengikut syallabus yang telah ditetapkan dari Bahagian Kurikulum Jabatan Pengajian Islam akan tetapi term persekolahan mengikut term sebagaimana term sekolah JIS. Yang mana bermula Ogos dan berakhir dalam bulan Julai.

Berbagai aktiviti yang telah diungkayahkan oleh pihak sekolah pada sesi 2021-2022 misalnya mengadakan Sambutan Awal Tahun Hijrah, Sambutan Maulud Nabi, mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi Murid-Murid Darjah VI 2020, mengadakan Extra-Class dan Parents-Teachers Meeting, Program Amali ( Fardhu Ain ), Murattal Al Quran. Tahsin Al-Quran dan membaca Yassin dan Tahlil.

Berhubung dengan penglibatan sekolah dengan aktiviti Ko-Kurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam, pihak sekolah juga melibatkan diri dalam berbagai-bagai peraduan misalnya Peraduan Rawi, Peraduan Membaca Al Quran, Peraduan Syarahan dan Peraduan Dikir Syarafil Anam. Akan tetapi ada sebahagian peraduan pihak sekolah tidak dapat menyertai iaitu Peraduan Tahlil, Peraduan Menghafaz Ayat Suci Al Quran dan Skim Bimbingan Tilawah Al Quran Remaja. Ini adalah disebabkan kekurangan murid yang berbakat dan berminat dalam peraduan tersebut. Dan Insya Allah, pihak sekolah akan berusaha untuk menyertainya pada masa akan datang.

Dan akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada guru-guru sekolah ini, atas usaha yang gigih dalam memberi pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid sehingga mereka menjadi murid yang berjaya dan berakhlak mulia sesuai dengan visi sekolah ini iaitu 

‘Kearah Kesempurnaan Akhlak’.

Semoga usaha dan jasa guru-guru itu akan mendapat keberkatan dan ganjaran yang setimpal dari Allah Subhanahu Wata’ala. Amin…….

Sekian,

Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hajah Noraidah binti Haji Tengah

Guru Besar

Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong ( JIS )

Kawasan Brunei III

GAMBAR GURU-GURU
SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)


Dari Belakang (kiri ke kanan): Cikgu Mohammad Husaini bin Haji Asmad, Cikgu Norimy bin Haji Ahad, Cikgu Rostinahwati binti Mohd Maidin,  Cikgu Norazemah binti Haji Azamain, Cikgu Dk Siti Zahraa binti Pg Nesseruddin, Cikgu Siti Amanina binti Haji Abdullah, Cikgu Mohammad Norisham bin Haji Kamis, Cikgu Andy Bakhtiar bin Thamit.

Dari Depan (kiri ke kanan): Cikgu Nurulfaihah binti Hamdan, Cikgu Pg Masidayu@Hazirah binti Pg Hussin. Cikgu Juhaida binti Haji Tahamit, Cikgu Siti Nor Qamarina binti Haji Ahmad, Cikgu Hjh Noraidah binti Haji Tengah (Guru Besar), Cikgu Hajah Bariah binti Haji Md Yazid, Cikgu Dayang Hajah Sazalina binti Haji Awang, Cikgu Hjh Azizah binti Haji Miramit.

MISI SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)

STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)


 PURATA KERAMAIAN MURID SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)


STATISTIK PELAJAR ISLAM DI JIS


PERATUS KESELURUHAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN DARI SESI 2013-2014 HINGGA SESI 2021-2022



PERATUS KESELURUHAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DARI SESI 2013-2014 HINGGA SESI 2021-2022



PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA DARI TAHUN 2006 HINGGA 2021


PENCAPAIAN PEPERIKSAAN CALON ARAB DARI TAHUN 2007 HINGGA 2022

UGAMA ACADEMIC YEAR PLANNER 2022-2023

No Date Title Class
1 24, 25 & 26.8.2022 Staff Inset Day JIS STAFF
2 29.08.2022 New Student Induction JIS STUDENTS
3 30.08.2022 School open & distribute text books and time-table Dh Pra till 5
4 02.09.2022 New Ugama Students Induction 2022-2023 Dh Pra till 6
5 30.09.2022 Teacher's Day Celebration, New Islamic Calendar &
Giving Best Ugama Student Award 2021-2022
Dh Pra till 6
6 20.09.2022-30.09.2022 Mock Exam SSSRU 2022 Dh 6 2022
7 07.10.2022 Parent Teacher Meeting for Darjah 6 2022 Dh 6 2022
8 14.10.2022 Prophet Muhammad's Birthday Celebration 1443H Dh Pra till 6
9 21.10.2022 Giving Certificate Ceremony for Darjah 6 2021 Dh 6 2021
10 24, 25, 26 & 27.10.2022 extra class for darjah 6 2022
preparing for Written SSSRU Examination (time 8.45am - 11.30am)
Dh 6 2021
11 03.11.2022 Ceramah Motivasi 2022 Dh 6 2022
12 04.11.2022 Sembahyang Hajat
(prayer for preparing the Exam)
Dh 6 2022
13 14, 16, 19, 21, 23,
26, 28 & 30.11.2022
Extra Class Morning (Time: 8.00am - 11.30am) Dh 6 2022
14 14, 16, 19, 21, 23,
26, 28 & 30.11.2022
Final Written External Exam SSSRU for Darjah 6 2022 Dh 6 2022
15 28, 29, 30.11.2022 -
1 & 2.12.2022
First Monthly Test Year 2022-2023 Dh Pra till 5
16 12 - 13.12.2022 Praktikal Wudhu & Menghalusi Bacaan
Dalam Sembahyang
Dh Pra till 5
17 14.12.2022 Sport Day SUJIS Dh Pra till 5
18 15.12.2022 Recital of Yassin and Tahlil Ceremony Dh Pra till 5
19 16.12.2022 Last Day of School for Ugama Students before holiday
Khatam Al-Quran for Teachers
Dh Pra till 6
20 10.01.2023 - 13.01.2023 distribute text books and time-table for Dh 6 2023 Dh 6 2023
21 11, 12, 13, 16, 17, 18, 19 & 20.01.2023 Mid Year Oral's Exam year 2022-2023 dh pra till 5
22 25, 26 & 27 Jan 2023 Revision's Week dh Pra till 5
23 30.1.2023, 31.01.2023,
01.02.2023 & 02.02.2023
Mid Year Written's Exam year 2022-2023 dh Pra till 5
24 17.02.2023 Parents-Teachers' Meeting (Pra till Darjah 5) dh Pra till 5
25 13.03.2023-17.03.2023 First Monthly Test for Dh 6 2023 Dh 6 2023
26 13.03.2023-17.03.2023 Second Monthly Test 2022-2023 dh Pra till 5
27 5, 6, 7, 8, 9, 12, 13 & 14 Jun 2023 Final Year Oral's Exam year 2022-2023 Dh Pra till 5
28 5, 6, 7, 8, 9, 12, & 13 Jun 2023 Mid Year Oral's Exam for Dh 6 2023 Dh 6 2023
29 15 & 16 Jun 2023 Revision's Week Dh Pra till 5
30 19, 20, 21, 22 & 23 Jun 2023 Final Year Written's Exam year 2022-2023 Dh pra till 5
31 14, 15, 16, 19, 20, 21,
22 & 23 Jun 2023
Mid Year Written's Exam Dh 6 2022
32 30.06.2023 Parents-Teachers' Meeting dh Pra till 6
33 07.07.2023 Khatam Al-Quran Ceremony For Darjah 6 2023 dh 6 2023

UGAMA ACADEMIC PLANNER FOR DARJAH 6 2023

SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG
UGAMA ACADEMIC YEAR PLANNER DARJAH 6 2023
No Date Title Class
1 10.01.2023 - 13.01.2023 start lesson for Dh 6 2023 Dh 6 2023
2 13, 16, 17, 18, 19 & 20.01.2023 Mid Year Oral's Exam year 2022-2023 dh pra till 5
3 25, 26 & 27 Jan 2023 Revision's Week dh Pra till 5
4 30.1.2023, 31.01.2023,
01.02.2023 & 02.02.2023
Mid Year Written's Exam year 2022-2023 dh Pra till 5
5 10.02.2023 Parents-Teachers' Meeting (Pra till Darjah 5) dh Pra till 5
6 13.03.2023-16.03.2023 First Monthly Test for Dh 6 2023 Dh 6 2023
7 13.03.2023-16.03.2023 Second Monthly Test 2022-2023 dh Pra till 5
8 26.05.2023 Khatam Al-Quran Ceremony For Darjah 6 2023 dh 6 2023
9 7, 8, 9, 12, 13, 14 & 15 Jun 2023 Final Year Oral's Exam year 2022-2023 Dh Pra till 5
16.06.2023 Revision's Week Dh Pra till 5
10 5, 6, 7, 8, 9, 12, & 13 Jun 2023 Mid Year Oral's Exam for Dh 6 2023 Dh 6 2023
11 19, 20, 21, 22 & 23 Jun 2023 Final Year Written's Exam year 2022-2023 Dh pra till 5
12 14, 15, 16, 19, 20, 21,
22 & 23 Jun 2023
Mid Year Written's Exam Dh 6 2022
13 30.06.2023 Parents-Teachers' Meeting dh Pra till 6
14 17.07.2023 - 17.08.2023 Final Oral SSSRU for government dh 6 2023
15 starts 14.08.2023 Final SSSRU for SUJIS dh 6 2023
16 22, 23 & 24.08.2023 Staff Inset Day SUJIS
17 29.08.2023 School Open
New Ugama students Induction 2023-2024
distribute text book and timetable
dh pra till 5
18 12.09.2023-21.09.2023 MOCK exam SSSRU 2023 dh 6 2023
19 29.09.2023 Parent Teacher Meeting for Darjah 6 2023 Dh 6 2023
20 20.10.2023 Giving Certificate Ceremony for Darjah 6 2022 Dh 6 2022
21 23, 24, 25 & 26.10.2023 extra class for darjah 6 2023
preparing for Written SSSRU Examination (time 8.45am - 11.30am)
Dh 6 2023
22 02.11.2023 Ceramah Motivasi 2023 Dh 6 2023
23 03.11.2023 Sembahyang Hajat
(prayer for preparing the Exam)
Dh 6 2023
24 13, 15, 18, 20, 22,
25, 27 & 29.11.2023
Extra Class Morning (Time: 8.00am - 11.30am) Dh 6 2023
25 13, 15, 18, 20, 22,
25, 27 & 29.11.2023
Final Written External Exam SSSRU for Darjah 6 2023 Dh 6 2023
26 27, 28, 29 & 30.11.2023 First Monthly Test Year 2023-2024 Dh Pra till 5
27 11 - 12.12.2023 Praktikal Wudhu & Menghalusi Bacaan
Dalam Sembahyang
Dh Pra till 5
28 13.12.2023 Sport Day SUJIS Dh Pra till 5
29 14.12.2023 Recital of Yassin and Tahlil Ceremony Dh Pra till 5
30 15.12.2023 Last Day of School for Ugama Students before holiday
Muzakarah for Teachers
Dh Pra till 6

RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH
SESI 2022 – 2023

BULAN

PERKARA

CATITAN

Ogos

2022

September 2022

o Kemasukan murid Darjah Pra Sesi 2022– 2023

o Pembahagian buku teks kepada murid darjah Pra – V sesi 2022 – 2023

o Mesyuarat kali pertama bersama guru besar dan guru-guru

o Majlis membaca Yassin dan bertahlil sempena Hari Guru

o Mengedarkan surat pemberitahuan mengenai kutipan yuran tahunan sekolah

o Sambutan Hari Guru


Oktober

2022

November 2022

o Majlis Penyampaian Sijil SSRU bagi murid darjah VI 2021

o Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang

o Cuti pertengahan penggal pertama persekolahan (22.10.2022-30.10.2022)

o Sembahyang hajat dan membaca Yassin bagi menghadapi Peperiksaan SSSRU darjah VI 2022
oPeperiksaan SSSRU darjah VI 2022

o Ujian Bulanan kali Pertama bagi Darjah Pra – V (sesi 2022-2023)

o Perkumpulan murid-murid dan guru-guru (sebulan sekali)


Disember

2022

Januari 2023

o Membaca Yassin dan Tahlil Doa Arwah bersama murid-murid sebelum cuti persekolahan Penggal Pertama

o Sukan Ria

o Aktiviti Fardhu Kifayah dan Fardhu ‘Ain

o Majlis khatam Al-Quran bagi guru-guru sebelum cuti penggal persekolahan

o Cuti penggal pertama persekolahan (17.12.2022 – 09.01.2023 )

o Kemasukkan murid Darjah VI 2023
o Pembahagian buku teks kepada murid Darjah VI 2023

o Peperiksaan lisan setengah tahun bagi darjah Pra – V (sesi 2022-2023)

o Peperiksaan Bertulis Setengah Tahun bagi darjah Pra – V (sesi 2022 – 2023 )

o Cuti pertengahan penggal kedua persekolahan (23.01.2023 – 24.01.2023 )


Februari

2023

Mac

2023

o Menandatangani rekod kemajuan keputusan peperiksaan setengah tahun bagi Darjah Pra – Darjah V 2022-2023

o Perkumpulan murid-murid dan guru-guru (sebulan sekali )

o Membaca Yassin dan Tahlil Doa Arwah bersama murid-murid sebelum cuti persekolahan Penggal kedua

o Majlis khatam Al-Quran bagi guru-guru sebelum cuti penggal kedua persekolahan

o Ujian bulanan kali kedua bagi darjah Pra – V (sesi 2022-2023)

o Ujian bulanan kali pertama bagi darjah VI 2023

o Cuti penggal kedua persekolahan (23.03.2023. – 10.04.2023)


April

2023

Mei

2023

o Peperiksaan lisan setengah tahun bagi darjah VI 2022

o Cuti pertengahan penggal ketiga persekolahan (29.05.2023 - 02.06.2023)

o Peperiksaan lisan akhir tahun bagi darjah Pra-V (sesi 2022-2023)


Jun

2023

Julai

2023

o Peperiksaan Bertulis akhir Tahun bagi darjah Pra – V (sesi 2021 – 2022)

o Peperiksaan Bertulis Setengah Tahun bagi darjah VI 2023

o Menandatangani rekod kemajuan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun bagi darjah Pra – V (sesi 2022 – 2023)

o Menandatangani rekod kemajuan keputusan peperiksaan setengah tahun bagi darjah VI 2023
o Mengembalikan kitab-kitab bagi darjah Pra – V (sesi 2022-2023)

o Kenaikkan kelas bagi darjah Pra – V untuk sesi 2023-2024

o Membaca Yassin dan Tahlil Doa Arwah bersama murid-murid sebelum cuti persekolahan Penggal ketiga

o Majlis khatam AlQuran bagi guru-guru sebelum cuti penggal kedua persekolahan

o Cuti penggal ketiga persekolahan (08.07.2023 – 24.08.2023 )


JADUAL WAKTU SESI 2022-2023